Rawatan Sihir, Pengalaman Peribadi

Pengalaman Saya Dirasuki Syaithan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kesemua yang membaca lelaman blog ini.

Nama saya Harun, dan saya ingin mengongsi pengalaman saya ngenai rawatan Ruqyah yang dikendalikan dengan izin Allah melalui bantuan dua orang di Singapura ini, iaitu Pak Nasir dan Gurunya, Tok Andy.

Saya sudah berkawin dengan isteri saya selama 42 tahun sehingga mempunyai 6 cucu pada hari ini. Alhamdulillah, kehidupan kami agak aman sampai beberapa tahun yang lalu apabila anak perempuan saya dapat kenal dengan satu budak lelaki ini daripada sekolahnya di diluar negeri. 

Cerita sebenarnya, saya tidak tau apanya, tetapi mereka berdua ada hasrat untuk berumah tangga dan pingin bernikah pada tahun 2011, tetapi hati anak perempuan saya menjadi tawar pulak dengan lelaki dia itu. Hubungan mereka hanya setakat setahun sahaja. Intinya, saya dan isteri saya kirakan yang lelaki itu baik-baik belaka, nescaya, apabila dia mendapat tahu yang anak kami pingin memutus hubungan bersama dia, dia mencuba sedaya upaya untuk mendapat anak kami kembali. 

Saya stress kepada kalimat sedaya upaya iya.

Sampai suatu ketika itu, lelaki tersebut ke rumah kami dan menyatakan yang kami semua berkomplot sama anak kita dan membawa fitnah kepadanya. Naturally, kami mengambil pihak anak perempuan kami dan menyokong apa sahaja keputusannya dalam kehidupan kami sebagai keluarga. Saya serta anak lelaki saya yang sulung cuba untuk bersimpati sama lelaki tersebut, tetapi akhirnya dia menjadi marah dan mengugut kami sekeluarga. Kecewa dengan sikapnya, kami menghalaunya dari rumah kami..

Beberapa bulan kemudian, kami mula mengalami perkara yang aneh-aneh, baik di rumah, lewat mimpi, dan cucu kami yang kecil sampai menangis teriakkan yang ternampak sesuatu di dalam rumah. Kami sebagai masyarakat melayu, kami cuba menerima bantuan daripada para Uztad, dan para perawat yang lain yang juga menggunakan Ruqyah untuk merawat kami sekeluarga. Tetapi kehidupan kami masih jugak diganggu.

Sampai suatu saat ini, saya sendiri yang terasa aneh habisan2 sampai saya dirasuki dan mencuba membunuh diri.. A'uzubillah minzalik. Saya ini orangnya yang menjaga shalat lima waktu, dan tidak pernah terlintas mau membunuh diri.. nah. Pada ketika inilah yang kami sekeluarga sudah mula kaget benar. 

Dengan kuasa Tuhan, seorang teman yang kenal sama Pak Nas dan Tok Andy,  syorkankan kami kepada kedua2 lelaki tersebut untuk mengobatkan penyakit mistis kami sekeluarga.

Cara perobatan mereka berbeda menurut mereka, tetapi masih dibawa dalam unsur2 Shariat Islam, dan mereka memanggil perobatan mereka Rawatan Alternatif Islam.

Saya tidak bisa menceritakan apa yang terjadi kerana saya sendiri yang berada dalam ketiduran masa dirawat. Tetapi menurut orang rumah saya, saya berada di dalam keadaan kesurupan tetapi tidak bisa ke mana2 selama perawatan dijalankan, kayak saya diikat di tempat duduk saya. Kata orang rumah saya lagi, yang jin yang berdampingan dalam badan saya itu diajak berunding bersama para2 ahli perawat tersebut.. dan akhirnya dengan izin Allah, makhluk itu dapat dikeluarkan dengan selamat

Yang saya ingin berkongsi dengan pesakit-pesakit yang lain, cara Pak Nas dan Tok Andy itu, mereka akan benar-benar pastikan bahawa yang kehidupan kami tidak akan terganggu lagi jikalau kami mengikut instruksi mereka untuk membuat mandian(cuka dan garam dan sebagainya) yang sudah dibacakan dengan ayat-ayat daripada Al-Qur'an. Alhamdulillah. Ini semuanya dengan kuasa Tuhan yang kami dapat disembuhkan.

Saya doakan jikalau anda diganggu dengan para makhluk jin dan syaithan, sila hubungin mereka sebelum terlambat, inshaallah.

Pak Nasir

Pak Nasir

Bringing you juicy news from our tiny red dot. And the areas surrounding it.

>